? ??????????????Love Is Strange? ????? ?? ???Rating: 4.4 (34 Ratings)??45 Grabs Today. 50677 Total Grabs.
??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Skin Deep? ????? ?? ???Rating: 3.9 (15 Ratings)??38 Grabs Today. 13243 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ???? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Nov 30, 2009

Mari Kita Amalkan

bismillahirrahmanirrahim....
bersama-sama di sini ingin saya kongsikan beberapa amalan yang boleh kita amalkan bagi menambah tenaga pengingat dan membasmi kelupaan. insyaAllah yakni dengan izin Allah semoga amalan ini sedikit sebanyak dapat membantu kita terutama nya para pelajar dalam usaha menguatkan minda dan mencegah penyakit lupa...

1. manisan madu lebah asli
amalkan selalu pemakanannya setiap hari, sekurang-kurangnya satu sudu sehari.insyaAllah dapt menyihatkan tubuh badan dan otak.

2. air zamzam

3. tamar atau kurma


4. susu segar
sepertimana yang dketahui, susu mengandungi bukan sahaja protein malah mineral dan vitamin serta antiseptic. susu yang terbaik untuk kekuatan minda adalah susu kambing, biri-biri dan lembu.

5. kismis atau zabib
kalau kita selalu amalkan memakan kismis, boleh hilangkan kahak dan membersihkan hati. kismis disyorkan dimakan sebanyak 21 kali setiap pagi sebelum bersarapan atau memakan apa-apa makanan yang lain. amalan ini dapat menguatkan daya ingatan dan menghindarkan kita daripada penyakit stroke. insyaAllah...

6. halia
sebaiknya ialah halia merah yang dibuat manisan pada setiap pagi.

7. kekacang


8. kemenyan putih
kemenyan putih ini juga dikenali sebagai kemenyan arab. kemenyan ini hendaklah diendam terlebih dahulu pada waktu malam sebelumnya dan pada waktu pagi yang berikutnya minumlah air rendaman tersebut.

9. kuning telur

10. lobak

11. bunga cengkih



12. daging burung merpati
daging ini sebaiknya dibuat sup. sesuai dimakan oleh semua golongan umur dan sebolehnya dimulakan sejak umur dua tahun dan diamalkan selalu, insyaAllah kanak-kanak tersebut akan menjadi seorang yang bijaksana.

13. minyak sapi

14. hati

15. za'faran

ZA'FARAN iaitu Saffron atau nama saintifiknya Crocus Sativus adalah sejenis tumbuhan herba. Bunga Za’faran mempunyai 3 kelopak bunga dan 3 kelopak daun yang berwarna ungu (Ingat, yang ungu tu daun tau bukan bunga). Adalah sangat menarik diketahui hanya 5 hingga 7 kilogram Za’faran kering (yang berwarna merah yang paling mahal) yang dapat diperolehi dari satu hektar tanah. Za’faran tergolong antara bahan yang termahal di dunia. Ia turut dikenali juga sebagai 'King of Spices'.

Khasiat utama Za’faran ialah merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia. Menguatkan ingatan. Amat baik jika dimakan bersama madu asli. Dalam kitab Tibbul Imama A'li , muka surat 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan:Maksudnya:

"Sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir."


Antara khasiat Za'faran yang dapat saya kumpul dari internet ialah:
1. Mencerdaskan minda, penyakit radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil
2. Sebarang masalah kulit, menghindarkan batuk dan selsema
3. Sakit kepala atau migrane dan asma
4. Muntah-muntah, penyakit buah pinggang
5. Gila babi atau sawan, sukar tidur malam (insomnia)
6. Demam. Masalah limpa, pembuka selera makan, penyakit kanser, lumpuh
7. Bengkak hati atau hipatitis A dan B
8. Memudahkan penghadaman, menghilangkan bau mulut
9. Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut
10. Menambahkan tenaga zahir dan batin
11. Masalah mati pucuk, sembelit
12. Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak
13. Awet muda dengan kulit cerah dan bersih
14. Bahan penenang bagi masalah kemurungan & runsing
15. Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi
16. Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu
17. Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan
18. Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain.


16. roti kering

terdapat 16 amalan pemakanan untuk menambahkan tenaga pengingat dan membasmi kelupaan. walaubagaimana pun, segala pemakanan kita perlulah mengutamakan 3 aspek penting mengikut pemakanan Islam iaitu HALAL, BERKUALITI dan BERJADUAL.

SEMUA INI AKAN DIRASAI DENGAN IZIN ALLAH.....